S.e.m.a.l.a.m.
Aku meniti satu persatu harapan mereka. Benarkah aku kuat untuk meneruskan perjuangan ini. Benarkah aku adalah insan yang sedang diuji oleh NYA. Aku termenung sendirian. Memikirkan masa depan yang belum pasti, perjalanan yang masih jauh. Mungkin lurus, mungkin berliku, mungkin bersimpang. Aku tertanya, mampukah aku melawan rasa takut dan risau yang aku sendiri tidak tahu puncanya. Mampukah aku memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
H.a.r.i.I.n.i.
Tanpa disedari aku melangkah terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kelukaan ku tinggalkan demi membina keindahan dalam ciptaan dan genggaman ku sendiri. Melangkah dan terus melangkah. Andai jatuh, tersungkur, aku bingkas bangun segera membina keyakinan berdiri semula tanpa alasan yang aku akan jatuh semula. Langkah diteruskan demi mencapai impian yang ada di hadapan. Keyakinan, kecekalan, ketabahan dan kekuatan memberi seribu erti dalam meneruskan perjuangan dalam kehidupan. Ya, aku ini sudah dan sedang mengharungi ujian yang diberi oleh NYA. Siapa sangka aku setabah itu. Tiada siapa yang menduga. Perjalanan hampir menuju puncak kejayaan.
E.s.o.k.
Esok memang belum pasti. Tapi aku sedar apa yang aku impikan sudah berada dalam genggaman ku. Aku berjaya membuatkan mereka gembira, tersenyum, bangga dengan ada nya aku di sisi mereka. Aku berdoa, moga apa yang aku raih, capai dan gapai tidak akan pernah berakhir. Tidak berada hanya separuh jalan. Ini bukan pengakhiran tetapi ini adalah permulaan sebuah perjalanan perjuangan yang jauh lebih mencabar dan penuh dengan tanggungjawab. Ya, aku perlu untuk terus kuat dan tabah, kerana harapan mereka juga semakin besar kepada aku. Bukan seperti dulu, perjuangan lebih memerlukan aku yang tidak putus semangat dan tidak kalah dengan ujian NYA. Aku harus terus meyakini Sang Pencipta itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui akan segalanya yang tersurat dan tersirat. Ku teruskan episod perjalanan perjuangan sebuah kehidupan ini dengan semangat, harapan dan tanggungjawab agar mereka yang aku kasihi lebih tersenyum riang dan bangga.
P.r.i.n.c.e.s.s.A.d.r.i.y.a.n.a.
No comments:
Post a Comment