Wednesday, June 22, 2011

Believe in urself!!

Kata orang kalau diikutkan hati binasa!!Manusia mana yang tak hadapi masalah dalam hidupnya..Kalau semua orang mampu memilih pasti ramai yang ingin berada dalam zaman kanak-kanak. Kanak-kanak tak perlu memikirkan masalah. Seronok bermain jauh dari tanggungjawab. Apa yang kanak-kanak perlu tahu belajar apabila disuruh untuk belajar. Hmm, Adriyana rasa memang ramai teringin kembali ke zaman kanak-kanak. Andai diberi peluang untuk memutar masa kembali pun pasti ramai ingin mengubah sesuatu agar masa depan kini lebih baik. Tapi segalanya sudah tertakdir dan tertulis. Kehendak dan takdir Nya adalah sesuatu perancangan yang lebih baik kerana DIA lebih mengetahui segala yang terbaik. " Sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Nya " Apa yang terjadi kepada hari ini adalah hasil daripada diri kita pada masa lalu. Usaha kita menunjukkan jalan ke mana arah tuju kita. Namun, setiap saat yang kita ada kita sebenarnya masih mampu untuk mengubah hari esok agar menjadi lebih baik. Adriyana percaya Allah Maha Mengetahui segalanya. Dia mengetahui yang terbaik pada diri kita, Apa yang kita usahakan akan diberikan setimpal dengan usaha, doa dan tawakal yang kita berikan. Pasti ada kalanya kita merasakan yang kita hampir mengalah dengan dugaan yang diberikan. Terasa lemah untuk melangkah sedangkan sebenarnya kita mampu untuk melaluinya. Adriyana selalu merasakan lemah untuk melalui dugaan yang diberikan oleh Nya, terasa tidak kuat untuk berhadapan segalanya, tapi setelah beberapa waktu, Adriyana sedar yang sebenarnya selagi kekuatan ada dalam diri segalanya mampu ditempuhi. Ketabahan, kecekalan dan keazaman merupakan pendokong kekuatan membina keyakinan dalam diri. Walau apa pun yang berlaku kita harus percaya bahawa kehidupan penuh dengan cabaran segalanya pasti mudah untuk diharungi seandainya kita percaya pada diri. Kekurangan diri akan melengkapkan kelebihan diri. Yang penting kita harus terus berdoa agar apa yang kita harapkan dimakbulkan oleh Nya kerana ALLAH TAKKAN BERI APA YANG KITA MAHU TAPI ALLAH AKAN BERI APA YANG KITA PERLU!!!

No comments:

Post a Comment