2008...
“Shira, kau ada nampak Eric tak?Aku nak bagi dia kertas kerja ni.”
“Manalah aku tahu. Eric bukan tinggal serumah dengan aku.”
“Tu aku tahu.Tapi kau tu special friend dia merangkap Timbalan Pengarah program kita. Aku bagi pada kau je lah ye. Nanti kau sampaikan pada Tuan Pengarah kita.”
“Cik Zura, saya ni cuma Timbalan Pengarah je bukan kekasih hati dia. Dia lantik saya, sebab dia percaya saya boleh lakukan tugas dengan baik. Lagipun bukan korang semua setuju ke?”
“Hehe..Memang kami setuju. Setuju nak rapatkan hubungan korang. Aku pergi dulu. Bye.”
“Zuraaa...!!!!”
Ikutkan rasa hati nak je aku menjerit nama Zura sekuat hati. Memikirkan diri berada dalam lingkungan zon senyap aku biarkan hati ini terus meronta-ronta. Zura, teman kuliah yang paling rapat dengan aku. Hubungan kami mula rapat sejak hari pertama aku menjejakkan kaki di menara gading. Zura terkenal dengan sikapnya yang suka mengenakan orang, namun dialah sahabat yang paling memahami aku. E.R.I.C. Jejaka tampan daripada Sarawak. Dengan hanya berbekalkan sifatnya yang bertanggungjawab dan berkepimpinan Eric amat disegani oleh teman sekuliah dan disayangi oleh semua pensyarah. Di awal perkenalan kami, Eric merupakan rakan sekumpulan untuk satu tugasan. Disebabkan kami masih belum mengenali antara satu sama lain, Eric cuba mengedarkan satu kertas yang tertulis nama aku dan Zura dengan pesanan di bawahnya :- Kepada nama di atas, sila angkat tangan. Bila kertas tersebut sampai di tanganku, tidak semena-mena aku dan Zura secara pantas mengangkat tangan. Pensyarah di hadapan terus bertanyakan apakah masalah kami. Fikiranku ligat memikirkan soalan untuk ditanyakan kepada pensyarah. Eric hanya tertawa di suatu sudut.
Hampir setiap malam, Eric pasti chatting dengan aku. Bagi aku ada sahaja ayat-ayatnya yang membuatkan aku tertawa. Walaupun dia berlainan agama dengan aku, namun aku begitu selesa berkawan dengannya. Kehadirannya saling melengkapi kekurangan aku. Pernah sekali, rakan-rakan melantiknya sebagai pengerusi, dengan pantas dia mencalonkan nama aku kepada pensyarah sebagai pembantunya. Rakan sekuliah sudah tidak hairan tatkala Eric mencalonkan nama aku, kerana mereka tahu akan keakraban kami.
“Shira, saya dah bagitahu parents saya tentang hubungan kita. Tapi mereka membangkang. Saya dah agak, parents saya tak sporting macam parents awak.”
“Eric, kan saya dah kata, hubungan kita takkan direstui. Eric saya rela lepaskan awak. Saya yakin awak akan dapat lebih baik daripada saya.”
Hakikatnya, aku sedar dalam membina perhubungan yang dipenuhi dengan perbezaan membuatkan aku cuba berpijak di bumi yang nyata. Berbagai halangan yang datang terpaksa aku tempuh. Aku nekad untuk menyatakan pada Eric yang hubungan kami belum pasti akan berakhir dengan kebahagiaan. Aku rela melepaskan Eric dengan harapan dia akan gembira dan aku pasti mendoakan kebahagiaannya. Akhirnya, Eric kini bahagia dengan gadis seagama dengannya. Siapa gerangan gadis itu aku sendiri tidak pasti. Aku cuma tahu dia seagama dan senegeri dengan Eric daripada Zura, yang pasti hubungan itu direstui ibu bapanya.
Setahun kemudian....
“Shira..aku Mellisa, awek Eric..!!!
“Aku pelik kenapa Eric masih tak dapat lupakan kau. Kenapa mesti gambar kau yang ada dalam dompet dia. Kenapa mesti kau yang bertakhta di hati dia. Kenapa bukan aku!!!”
Aku hanya mampu diam membatu. Zura juga turut membatu. Aku sendiri tidak mengerti kenapa itu semua berlaku. Eric sudah berjanji pada aku, yang dia akan menyayangi gadis pilihannya sepenuh hati selepas kami putus. Aku sedar cinta tak boleh dipaksa.
“Aku benci kau Shiraa!!!” Panggg!!!
Aku hampir pitam dek tamparan Mellisa. Mujur Zura bertindak pantas menyelamatkan aku. Aku masih trauma dengan kejadian itu. Berita Mellisa menyerang aku tersebar luas sehingga ke pengetahuan Eric. Aku menerima mesej daripada Eric.
Shira, maafkan sy atas tindakan Mellisa. Sy akui, awak masih di hati sy.
Eric, sy juga sayangkan awak. Tapi, awak sendiri tahu kita takkan bersama. Sy korbankan perasaan sy demi kebahagiaan awak.
Shira, awak lebih memahami sy. Cinta sy hanya utk awak!!!!
Eric, andai sy katakan benci pd awak, bermakna sy tipu diri & perasaan sy. Biarlah takdir menentukan segalanya...
2010...
“Shira, ni ada surat ni..ibu letak atas meja ye..”
Hati aku berdegup kencang, berdebar-debar. Kali terakhir aku bertemu Eric pada majlis konvokesyen kami. Kenangan yang tak dapat kami lupakan. Walaupun kemungkinan cinta kami tidak kesampaian, kami sempat merakamkan sebuah gambar sebagai tanda kenangan sebelum berpisah membawa hala tuju masing-masing mengejar cita-cita. Hanya gambar itulah menjadi pengubat rindu aku buat Eric. Andai ketika ini, Eric sudah memiliki insan yang paling istimewa di hatinya, aku redho dan aku pasti doakan kebahagiaannya.
Shira sayangku,
Betapa indahnya saat ini, andai Shira ada di sisi Eric..
Maafkan Eric kerana selama ini..
Eric tak pernah berjuang menyelamatkan hubungan kita..
Shira begitu baik kerana sanggup mengorbankan cinta..
Buat insan lain bertakhta di hati Eric..
Sungguh mulia hati Shira..
Eric amat menghargainya..
Shira cintaku,
Andai Shira tahu..
Setiap saat dan ketika..
Hanya Shira di hati Eric..
Puas Eric melupakan Shira..
Namun jelas cinta ini hanya buat Shira..
Shira adindaku,
Moga kali ini..
Pintu hati Shira masih terbuka buat Eric..
Cinta Shira masih terpatri buat Eric..
Eric masih menanti Shira..
Yang mencintaimu,
E.R.I.C.
2011...
“Shahrul, awak jaga Shira baik-baik tau!!! Selamat Pengantin Baru, moga bahagia hingga ke akhir hayat..”
Aku selamat diijabkabulkan dengan insan yang selama ini bertakhta di hati aku. Eric, kini kembali kepada aku dengan panggilan suami. Tanpa aku sedar, Allah menjanjikan yang lebih baik di sebalik pengorbanan cinta kami. Kini, aku bahagia di sisi Eric yang sudah bertukar nama sebagai Shahrul. Cinta dalam hati kini bertukar menjadi realiti. Namun, cinta dalam hatiku hanya Allah yang tahu betapa aku menyayanginya.
No comments:
Post a Comment