Thursday, June 30, 2011

S.e.m.a.l.a.m.H.a.r.i.I.n.i.d.a.n.E.s.o.k.

S.e.m.a.l.a.m.
Aku meniti satu persatu harapan mereka. Benarkah aku kuat untuk meneruskan perjuangan ini. Benarkah aku adalah insan yang sedang diuji oleh NYA. Aku termenung sendirian. Memikirkan masa depan yang belum pasti, perjalanan yang masih jauh. Mungkin lurus, mungkin berliku, mungkin bersimpang. Aku tertanya, mampukah aku melawan rasa takut dan risau yang aku sendiri tidak tahu puncanya. Mampukah aku memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
H.a.r.i.I.n.i.
Tanpa disedari aku melangkah terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kelukaan ku tinggalkan demi membina keindahan dalam ciptaan dan genggaman ku sendiri. Melangkah dan terus melangkah. Andai jatuh, tersungkur, aku bingkas bangun segera membina keyakinan berdiri semula tanpa alasan yang aku akan jatuh semula. Langkah diteruskan demi mencapai impian yang ada di hadapan. Keyakinan, kecekalan, ketabahan dan kekuatan memberi seribu erti dalam meneruskan perjuangan dalam kehidupan. Ya, aku ini sudah dan sedang mengharungi ujian yang diberi oleh NYA. Siapa sangka aku setabah itu. Tiada siapa yang menduga. Perjalanan hampir menuju puncak kejayaan.
E.s.o.k.
Esok memang belum pasti. Tapi aku sedar apa yang aku impikan sudah berada dalam genggaman ku. Aku berjaya membuatkan mereka gembira, tersenyum, bangga dengan ada nya aku di sisi mereka. Aku berdoa, moga apa yang aku raih, capai dan gapai tidak akan pernah berakhir. Tidak berada hanya separuh jalan. Ini bukan pengakhiran tetapi ini adalah permulaan sebuah perjalanan perjuangan yang jauh lebih mencabar dan penuh dengan tanggungjawab. Ya, aku perlu untuk terus kuat dan tabah, kerana harapan mereka juga semakin besar kepada aku. Bukan seperti dulu, perjuangan lebih memerlukan aku yang tidak putus semangat dan tidak kalah dengan ujian NYA. Aku harus terus meyakini Sang Pencipta itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui akan segalanya yang tersurat dan tersirat. Ku teruskan episod perjalanan perjuangan sebuah kehidupan ini dengan semangat, harapan dan tanggungjawab agar mereka yang aku kasihi lebih tersenyum riang dan bangga.

P.r.i.n.c.e.s.s.A.d.r.i.y.a.n.a.



D.e.m.i.C.i.n.t.a.I.n.i.

D.e.m.i.C.i.n.t.a.I.n.i.
a.k.u.g.a.g.ah.k.a.n.d.i.r.i.m.e.n.c.a.p.a.i.i.m.p.i.a.n.
a.k.u.h.a.r.u.n.g.i.s.a.t.u.p.e.r.s.a.t.u.d.u.g.a.a.n.m.e.n.d.a.t.a.n.g.
a.k.u.k.e.t.e.p.i.k.a.n.o.n.a.k.d.a.n.b.a.d.a.i.y.a.n.g.m.e.l.a.n.d.a.
D.e.m.i.C.i.n.t.a.I.n.i.
a.k.u.m.e.n.g.e.n.a.l.e.r.t.i.s.u.s.a.h.p.a.y.a.h.d.u.k.a.
a.k.u.m.e.n.c.u.b.a.m.e.n.j.a.d.i.k.u.a.t.
a.k.u.u.s.a.h.a.m.e.n.j.a.d.i.y.a.n.g.t.e.r.b.a.i.k.
D.e.m.i.C.i.n.t.a.I.n.i.
d.i.a.y.a.n.g.a.k.u.p.a.n.g.g.i.l.a.b.a.h.
d.i.a.y.a.n.g.a.k.u.p.a.n.g.g.i.l.i.b.u.
d.i.a.y.a.n.g.a.k.u.p.a.n.g.g.i.l.a.d.i.k.
a.k.u.m.e.n.c.u.b.a.b.a.h.a.g.i.a.k.a.n.m.e.r.e.k.a
d.e.n.g.a.n.k.e.j.a.y.a.a.n.i.n.i.
D.e.m.i.C.i.n.t.a.I.n.i.
a.k.u.b.e.r.j.a.n.j.i.p.a.d.a.d.i.r.i.a.k.u.s.e.n.d.i.r.i.
a.k.u.t.a.k.k.a.n.a.b.a.i.k.an.m.e.r.e.k.a.
k.e.r.a.n.a.m.e.r.e.k.a.a.d.a.l.a.h.s.u.m.b.e.r.i.n.s.p.i.r.a.s.i.k.u.
p.e.n.d.o.k.o.n.g.k.e.k.u.a.t.a.n.k.u.
m.e.n.e.r.u.s.k.an.p.e.r.j.u.a.n.g.a.n.
S.e.t.u.l.u.s.K.a.s.i.h





Wednesday, June 22, 2011

Believe in urself!!

Kata orang kalau diikutkan hati binasa!!Manusia mana yang tak hadapi masalah dalam hidupnya..Kalau semua orang mampu memilih pasti ramai yang ingin berada dalam zaman kanak-kanak. Kanak-kanak tak perlu memikirkan masalah. Seronok bermain jauh dari tanggungjawab. Apa yang kanak-kanak perlu tahu belajar apabila disuruh untuk belajar. Hmm, Adriyana rasa memang ramai teringin kembali ke zaman kanak-kanak. Andai diberi peluang untuk memutar masa kembali pun pasti ramai ingin mengubah sesuatu agar masa depan kini lebih baik. Tapi segalanya sudah tertakdir dan tertulis. Kehendak dan takdir Nya adalah sesuatu perancangan yang lebih baik kerana DIA lebih mengetahui segala yang terbaik. " Sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Nya " Apa yang terjadi kepada hari ini adalah hasil daripada diri kita pada masa lalu. Usaha kita menunjukkan jalan ke mana arah tuju kita. Namun, setiap saat yang kita ada kita sebenarnya masih mampu untuk mengubah hari esok agar menjadi lebih baik. Adriyana percaya Allah Maha Mengetahui segalanya. Dia mengetahui yang terbaik pada diri kita, Apa yang kita usahakan akan diberikan setimpal dengan usaha, doa dan tawakal yang kita berikan. Pasti ada kalanya kita merasakan yang kita hampir mengalah dengan dugaan yang diberikan. Terasa lemah untuk melangkah sedangkan sebenarnya kita mampu untuk melaluinya. Adriyana selalu merasakan lemah untuk melalui dugaan yang diberikan oleh Nya, terasa tidak kuat untuk berhadapan segalanya, tapi setelah beberapa waktu, Adriyana sedar yang sebenarnya selagi kekuatan ada dalam diri segalanya mampu ditempuhi. Ketabahan, kecekalan dan keazaman merupakan pendokong kekuatan membina keyakinan dalam diri. Walau apa pun yang berlaku kita harus percaya bahawa kehidupan penuh dengan cabaran segalanya pasti mudah untuk diharungi seandainya kita percaya pada diri. Kekurangan diri akan melengkapkan kelebihan diri. Yang penting kita harus terus berdoa agar apa yang kita harapkan dimakbulkan oleh Nya kerana ALLAH TAKKAN BERI APA YANG KITA MAHU TAPI ALLAH AKAN BERI APA YANG KITA PERLU!!!

Saturday, June 11, 2011

Stay the same ...



Stay The Same

( chorus )
Don't you ever wish you were someone else
You were meant to be the way you are exactly
Don't you ever say you don't like the way you are
When you learn to love yourself, you'd better off by far
And I hope you always stay the same
Cuz there's nothin 'bout you I would change

( verse )
I think that you sould be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside
Don't be afraid if you've got something to say
Just open up your heart and let it show you the way

Believe in yourself
Reach down inside
The love you find will set you free
Believe in yourself
You will come alive
Have faith in what you do
You'll make it through

p/s : i love this song..cuz there's nothin' 'bout u i would change!!! =)

Terima kasih Ya Allah !!! ♥

Alhamdulillah!!! Syukur ke hadrat ilahi atas kurnia Nya, berjaya menamatkan pengajian selama 4 tahun. Sebuah perjalanan yang penuh dengan suka dan duka. Berkat kesabaran menuntut ilmu di negeri orang akhirnya membuahkan hasil yang lumayan. Pengalaman tak tidur buat assigment, assignment kena reject dan macam-macam lagi mendidik diri ini agar lebih tabah menempuhi kehidupan.Terima kasih Ya Allah atas segalanya.Mudah-mudahan segalanya terus dipermudahkan oleh Allah selepas ini.

p/s : tak sabar tunggu konvo..rasanya kenangan bergelar penuntut universiti lebih banyak menangis dari gembira. kata orang biar menangis dulu, jangan menangis kemudian. Next mission: Sarjana!!! Amin..

Tuesday, June 7, 2011

Bahagiakah aku bila dia bahagia walaupun bukan dengan aku ..♥

"Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang-kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang-kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya..terpaut dengan keperibadiannya.. Membuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya.."

Sunday, June 5, 2011

Di saat aku mencintaimu ~


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


ReNunGaN ..

Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.Bila Dia tak memakbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan. Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..

Cerpen : Cinta dalam Hati ...

2008...
“Shira, kau ada nampak Eric tak?Aku nak bagi dia kertas kerja ni.”
“Manalah aku tahu. Eric bukan tinggal serumah dengan aku.”
“Tu aku tahu.Tapi kau tu special friend dia merangkap Timbalan Pengarah program kita. Aku bagi pada kau je lah ye. Nanti kau sampaikan pada Tuan Pengarah kita.”
“Cik Zura, saya ni cuma Timbalan Pengarah je bukan kekasih hati dia. Dia lantik saya, sebab dia percaya saya boleh lakukan tugas dengan baik. Lagipun bukan korang semua setuju ke?”
“Hehe..Memang kami setuju. Setuju nak rapatkan hubungan korang. Aku pergi dulu. Bye.”
“Zuraaa...!!!!”

Ikutkan rasa hati nak je aku menjerit nama Zura sekuat hati. Memikirkan diri berada dalam lingkungan zon senyap aku biarkan hati ini terus meronta-ronta. Zura, teman kuliah yang paling rapat dengan aku. Hubungan kami mula rapat sejak hari pertama aku menjejakkan kaki di menara gading. Zura terkenal dengan sikapnya yang suka mengenakan orang, namun dialah sahabat yang paling memahami aku. E.R.I.C. Jejaka tampan daripada Sarawak. Dengan hanya berbekalkan sifatnya yang bertanggungjawab dan berkepimpinan Eric amat disegani oleh teman sekuliah dan disayangi oleh semua pensyarah. Di awal perkenalan kami, Eric merupakan rakan sekumpulan untuk satu tugasan. Disebabkan kami masih belum mengenali antara satu sama lain, Eric cuba mengedarkan satu kertas yang tertulis nama aku dan Zura dengan pesanan di bawahnya :- Kepada nama di atas, sila angkat tangan. Bila kertas tersebut sampai di tanganku, tidak semena-mena aku dan Zura secara pantas mengangkat tangan. Pensyarah di hadapan terus bertanyakan apakah masalah kami. Fikiranku ligat memikirkan soalan untuk ditanyakan kepada pensyarah. Eric hanya tertawa di suatu sudut.
Hampir setiap malam, Eric pasti chatting dengan aku. Bagi aku ada sahaja ayat-ayatnya yang membuatkan aku tertawa. Walaupun dia berlainan agama dengan aku, namun aku begitu selesa berkawan dengannya. Kehadirannya saling melengkapi kekurangan aku. Pernah sekali, rakan-rakan melantiknya sebagai pengerusi, dengan pantas dia mencalonkan nama aku kepada pensyarah sebagai pembantunya. Rakan sekuliah sudah tidak hairan tatkala Eric mencalonkan nama aku, kerana mereka tahu akan keakraban kami.

“Shira, saya dah bagitahu parents saya tentang hubungan kita. Tapi mereka membangkang. Saya dah agak, parents saya tak sporting macam parents awak.”

“Eric, kan saya dah kata, hubungan kita takkan direstui. Eric saya rela lepaskan awak. Saya yakin awak akan dapat lebih baik daripada saya.”

Hakikatnya, aku sedar dalam membina perhubungan yang dipenuhi dengan perbezaan membuatkan aku cuba berpijak di bumi yang nyata. Berbagai halangan yang datang terpaksa aku tempuh. Aku nekad untuk menyatakan pada Eric yang hubungan kami belum pasti akan berakhir dengan kebahagiaan. Aku rela melepaskan Eric dengan harapan dia akan gembira dan aku pasti mendoakan kebahagiaannya. Akhirnya, Eric kini bahagia dengan gadis seagama dengannya. Siapa gerangan gadis itu aku sendiri tidak pasti. Aku cuma tahu dia seagama dan senegeri dengan Eric daripada Zura, yang pasti hubungan itu direstui ibu bapanya.

Setahun kemudian....
“Shira..aku Mellisa, awek Eric..!!!
“Aku pelik kenapa Eric masih tak dapat lupakan kau. Kenapa mesti gambar kau yang ada dalam dompet dia. Kenapa mesti kau yang bertakhta di hati dia. Kenapa bukan aku!!!”

Aku hanya mampu diam membatu. Zura juga turut membatu. Aku sendiri tidak mengerti kenapa itu semua berlaku. Eric sudah berjanji pada aku, yang dia akan menyayangi gadis pilihannya sepenuh hati selepas kami putus. Aku sedar cinta tak boleh dipaksa.

“Aku benci kau Shiraa!!!”  Panggg!!!

Aku hampir pitam dek tamparan Mellisa. Mujur Zura bertindak pantas menyelamatkan aku. Aku masih trauma dengan kejadian itu. Berita Mellisa menyerang aku tersebar luas sehingga ke pengetahuan Eric. Aku menerima mesej daripada Eric.

Shira, maafkan sy atas tindakan Mellisa. Sy akui, awak masih di hati sy.

Eric, sy juga sayangkan awak. Tapi, awak sendiri tahu kita takkan bersama. Sy korbankan perasaan sy demi kebahagiaan awak.

Shira, awak lebih memahami sy. Cinta sy hanya utk awak!!!!

Eric, andai sy katakan benci pd awak, bermakna sy tipu diri & perasaan sy. Biarlah takdir menentukan segalanya...


2010...

“Shira, ni ada surat ni..ibu letak atas meja ye..”

Hati aku berdegup kencang, berdebar-debar. Kali terakhir aku bertemu Eric pada majlis konvokesyen kami. Kenangan yang tak dapat kami lupakan. Walaupun kemungkinan cinta kami tidak kesampaian, kami sempat merakamkan sebuah gambar sebagai tanda kenangan sebelum berpisah membawa hala tuju masing-masing mengejar cita-cita. Hanya gambar itulah menjadi pengubat rindu aku buat Eric. Andai ketika ini, Eric sudah memiliki insan yang paling istimewa di hatinya, aku redho dan aku pasti doakan kebahagiaannya.

Shira sayangku,
Betapa indahnya saat ini, andai Shira ada di sisi Eric..
Maafkan Eric kerana selama ini..
Eric tak pernah berjuang menyelamatkan hubungan kita..
Shira begitu baik kerana sanggup mengorbankan cinta..
Buat insan lain bertakhta di hati Eric..
Sungguh mulia hati Shira..
Eric amat menghargainya..
Shira cintaku,
Andai Shira tahu..
Setiap saat dan ketika..
Hanya Shira di hati Eric..
Puas Eric melupakan Shira..
Namun jelas cinta ini hanya buat Shira..
Shira adindaku,
Moga kali ini..
Pintu hati Shira masih terbuka buat Eric..
Cinta Shira masih terpatri buat Eric..
Eric masih menanti Shira..
Yang mencintaimu,
E.R.I.C.

2011...
“Shahrul, awak jaga Shira baik-baik tau!!! Selamat Pengantin Baru, moga bahagia hingga ke akhir hayat..”
Aku selamat diijabkabulkan dengan insan yang selama ini bertakhta di hati aku. Eric, kini kembali kepada aku dengan panggilan suami. Tanpa aku sedar, Allah menjanjikan yang lebih baik di sebalik pengorbanan cinta kami. Kini, aku bahagia di sisi Eric yang sudah bertukar nama sebagai Shahrul. Cinta dalam hati kini bertukar menjadi realiti. Namun, cinta dalam hatiku hanya Allah yang tahu betapa aku menyayanginya.

Saturday, June 4, 2011

~ . . . .~

As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt, and smile until your face hurts. Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back.

"Eleven Hints for Life"

1. It hurts to love someone and not be loved in return.
But what is more painful is to love someone and never
find the courage to let that person know how you feel.

2. A sad thing in life is when you meet someone who
means a lot to you, only to find out in the end that it was
never meant to be and you just have to let go.

3. The best kind of friend is the kind you can sit on a
porch swing with, never say a word, and then walk away
feeling like it was the best conversation you've ever had.

4. It's true that we don't know what we've got until we lose
it, but it's also true that we don't know what we've been
missing until it arrives.

5. It takes only a minute to get a crush on someone, an
hour to like someone, and a day to love someone-but it
takes a lifetime to forget someone.

6. Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth,
even that fades away. Go for someone who makes you
smile because it takes only a smile to make a dark day
seem bright.

7. Dream what you want to dream, go where you want to go,
be what you want to be. Because you have only one life and
one chance to do all the things you want to do.

8. Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it
hurts you, it probably hurts the person too.

9. A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck
a life. A timely word may level stress. But a loving word may
heal and bless.

10. The happiest of people don't necessarily have the best
of everything they just make the most of everything that comes
along their way.

11. Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with
a tear. When you were born, you were crying and everyone
around you was smiling. Live your life so that when you die,
you're the one smiling and everyone around you is crying.

Haii..take 5..baru tahu pening ke x...


1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8
3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9
4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15
5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16
7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
10- Blom lg la..baca NO 19 ye..
11- da pnt ke? Baca jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
13- tggal sikit ja lg bce NO 20
14- argh,pnt nih..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12
17- ades, nk ckp nih..baca NO 7
18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..
20- ok ok,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja k.

Secebis pengalaman bermakna...

Tak ku sangka detik 7 Feb 2011 muncul. Cepat rasanya!! Dulu orang tanya berapa lama lagi nak habis belajar?? Aku jawab hmm, lama lagi baru je melangkah masuk menara gading ni..haha..tengok senior dah habis belajar..rasa cam best..7 Feb 2011..aku daftar masuk sebagai guru praktikal sebuah sekolah..macam-macam halangan sebenarnya yang terjadi sebelum aku mampu berjaya masuk sekolah ni..bila difikirkan balik, kalau dah memang takdir tertulis sekolah ni untuk aku, nescaya aku akan dapat kan..nak menyingkap kisah yang baru berlalu..
Awal pagi dah bangun..macam-macam perasaan ada debar sangat  rasanya..betul ke nak praktikum ni..melangkah ke sekolah rasa macam dah laju tapi tak laju..berjalan dengan kawan baik..rasa memang dah lambat pun..pelajar dah masuk perhimpunan..tanya Mak Cik Guard mana pejabat ye???Aku melangkah masuk pejabat..semua cikgu dah masuk perhimpunan..kami pun masuk perhimpunan..
Nervous!!! Diperkenalkan di perhimpunan.. Berbagai-bagai rasa ada..macam mana penerimaan mereka terhadap diri.. Ye la..aku bukan guru yang sempurna..memang tidak sempurna..yang ada hanya teori selama 3 tahun setengah belajar.. pengalaman hanya seciput kata orang..
Akhirnya, aku jumpa orang penting sekolah, orang yang selama ni aku dengar suara je dari jauh dalam telefon.. alat komunikasi terhebat!! haha..menyambungkan input aku ke orang ini menjadi output..Diperkenalkan dengan guru pembimbing..diberikan kelas yang bakal aku didik..aku hanya berdoa agar mereka boleh menerima aku..Risau tak terkata..
Minggu-minggu awal praktikum rasanya macam serabut..segalanya rasa tak terurus..terpisah pula dengan kawan baik..seorang dapat pagi seorang dapat petang..Maka berjalanlah aku seorang diri setiap pagi ke sekolah demi menimba ilmu dan menambah pengalaman..
Detik terus berlalu, masa terus beredar..Masuk ke kelas mendidik dan memberi pengajaran..berkongsi ilmu..Dulu ke sekolah bergelar pelajar sekarang kena mengajar..BUKAN MUDAH MEMANUSIAKAN MANUSIA..Kadang-kadang rasa hampir putus asa, bila mengajar pelajar buat 'dek'..haha..aku dulu pun camtu kot..sekarang ni Padan muka!!=)) Suruh buat keje tak buat..tapi Cikgu aku selalu cakap, itulah pengalaman terbaik buat aku. Itu semua perkara normal. Bukan mudah nak jadikan mereka benar-benar insan berjaya. Aku lalui satu persatu, hari demi hari, aku didik mereka dengan ikhlas. Walau aku tahu, mereka mungkin tak nampak keikhlasan aku. Yang mereka nampak mesti kegarangan aku..haha..it's good!!
Bukan mudah menjadi guru, bukan mudah bergelar Cikgu..walau orang kata cikgu kan banyak cuti..ye la tu..Cikgu la kerani, nurse, ibu bapa dan bukan hanya guru yang mengajar..Aku akui semua tu..bukan mudah bergelar guru..
Perasaan ketika diselia adalah perasaan yang tak mampu dilupakan..bukan mudah melaluinya..mungkin juga dengan air mata!! Tapi itu semua demi masa depan yang aku dan rakan-rakan inginkan..
Sedar tak sedar masa semakin berlalu meninggalkan aku..tarikh 20 Mei 2011 semakin tiba.. Rasa sedih sebenarnya meninggalkan kemesraan & keakraban yang ada.. kadang-kadang aku tertanya, kenapa di saat-saat akhir baru lah kemesraan & keakraban itu muncul, kenapa tidak dari dulu.. Tapi itukan semua perancangan terbaik dari Allah.. Mengenali murid-murid yang ada kalanya nakal, baik, rajin..bila teringat buat aku tersenyum sendirian.. disuruh diam, buat sakit tekak je!! tapi itu semua pengalaman terbaik, perancangan terbaik dari Allah buat aku..
Aku berdoa moga pertemuan & perpisahan aku bersama insan yang telah Allah temukan dari 7 Feb hingga 20 Mei 2011 adalah suatu pertemuan & perpisahan yang diberkati oleh Allah..aku doakan moga anak didikku memperolehi sesuatu setelah aku mendidik mereka..moga mereka berjaya menjadi insan yang berguna..Insyaallah..Cikgu akan merindui kamu semua!!!
Aku bakal merindui mereka!! Kenangan bersama Yatie, Yanz dan Fuzah cikgu-cikgu penyabar yang banyak berkongsi pengalaman dalam membentuk diri menjadi guru yang berjaya!! Insyaallah..Tak ku lupa thanx alot kpd ibu pn.Faridah, abah en.Daharim, abg shamsul, kawan-kawan, keluarga, pensyarah & guru pembimbing en.Fazli yang banyak memberi sokongan moral..Love u all..


p/s : kalo dicoretkan kisah ni semua, tak tertaip semuanya.. tapi aku tahu segalanya ada tersemat di dalam hatiku..=))

Kerna itulah kehidupan...

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. Ada kalanya kita rasakan kita tidak mampu melalui dugaan yang diberikan. Ada kalanya kita berputus asa dengan harapan kita sendiri. Tapi di suatu saat kita pasti sedar yang kita telah pun mengharungi dugaan itu. Percayalah Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hamba Nya.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.


Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesaikannya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah sendiri.

Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.

If you fill your heart with regrets of yesterday and the worries of tomorrow, you have no today to be thankful for.