Bismillah..
Dah 2 minggu abah pergi. Pergi tinggalkan aku selamanya. Bohonglah,
kalau tiada setitis pun air jernih yang mengalir membasahi pipi. Jika dihitung
mungkin tak termampu. Hanya Allah yang tahu. Ada kalanya kenangan kembali
menggamit hati dan sanubari. Ramai yang berkata, sabarlah, kuatkan semangat. Aku
akui aku sedang cuba, kuatkan semangat demi mereka yang masih ada di sisi. Tapi
berkata memang mudah. Cuba aku beri 5 minit untuk berada dan menyelami hati dan
fikiran aku. Aku percaya dan pasti mereka tak bisa berdiri teguh seperti mana
aku. Easy to say, hard to do. Ye, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Bukan aku tak perlukan semangat dari mereka. Aku bersyukur tatkala kehilangan
ini, mereka hadir tanpa aku pinta dan berkata, aku mampu lalui segalanya. Namun,
aku masih mampu tersenyum di hati, tatkala ada yang mengakui bahawa tidak mudah
menjadi aku. Tidak mudah melalui semua ini. Bagi mereka yang pernah merasainya,
pasti tahu apa yang aku alami. Sukar ! Sukar sebenarnya. Hanya mereka yang
pernah berada di situasi ini akan mengerti apa yang aku rasa. Aku hargai setiap
kata-kata nasihat, semangat dan kekuatan yang mereka berikan. Aku hargai dan
tak mungkin mampu aku balas. Hanya Allah yang bisa membalas semuanya. Terima kasih,
syukur aku panjatkan kepada ilahi. Mereka masih sedar bahawa aku ada di
sekeliling mereka untuk mereka perhatikan. Walau sesukar mana sekalipun
perjuangan dan perjalanan ini, aku akan teruskan. Sebagai anak sulung dalam
keluarga, apatah lagi aku cuma ada adik dan ibu akan aku tunaikan amanah dan
tanggungjawab ini, akan aku tunaikan impian abah. Ye, itu pasti! Walau liku-liku
perjuangan ini masih belum aku tahu, aku akan teruskan langkah. Andai, aku
tersungkur, aku percaya aku masih ada kekuatan yang abah tinggalkan buat aku. Aku
maish ada mereka yang sayangkan aku.
2012, ternyata kau hadir dengan kegembiraan bagi aku. Apabila
aku berjaya bergelar seorang guru, memiliki segala yang orang lain miliki. Aku lakukan
demi abah dan ibu. Siapa sangka, perancangan Allah yang terbaik menjanjikan
segalanya, teratur dan terlaksana.
2012, kau juga kan berakhir dengan satu episod duka dalam
diri aku. Walau bukan mudah bagi aku meneruskan perjuangan ini. Ternyata kau
beri aku kenangan yang takkan aku dapat lagi, yang takkan insan lain mampu beri
pada aku.
Aku redho atas takdir ini. Damaikanlah hati ku yang hina ini
Ya Allah, atas segala takdir dan ketentuan Mu. Aku pasrah! Terima kasih Ya Allah, ternyata
aku adalah insane yang terpilih oleh Mu untuk menerima dan melalui semua ini.
Permudahkanlah perjalanan ini Ya Allah, agar aku bisa memelihara bondaku, dan
adindaku dengan baik seperti mana abah lakukan. Kurniakanlah aku kekuatan dan
kesihatan yang baik berpanjangan.
Mungkin, mungkin air mata ini takkan pernah berhenti
mengalir. Mungkin jua, aku akan biarkan dia mengalir sebagai tanda kuatnya aku.
Biar, apa orang nak kata, aku adalah aku anak kepada abah yang telah
mendewasakan aku dengan susah payahnya, titik peluh dan usahanya, keringat dan
ketegasannya serta kasih dan sayangnya.
Tidak mungkin akan ada pengganti ABAH dalam hatiku dunia dan
akhirat.
Illa sayangkan abah selamanya. Al-Fatihah.
Terima kasih awak! Rayyan, Yatie, Mizi, Adah, Yanz, Faez dan Abg
Nazlim.. Kalian kini, kekuatan Shilla. Moga kita semua dalam keberkatan Nya.
..