Tuesday, February 21, 2012

::Persahabatan::

Bismillah..

Dalam keindahan semalam, sebenarnya hati kecil ini tertanya. Adakah jujur dan ikhlas persahabatan yang kau berikan? Atau cuma sekadar untuk mengisi kekosongan di jiwa . Mendambakan kehadiran “teman sejati” pada dasarnya. Pernahkah kau berasa beruntung hadirnya sahabatmu di sisi? Pernahkah kau fikirkan hatinya tatkala kau tinggalkan dia, perkecilkan apa yang telah dia korbankan untuk kau? Pernahkah walau sesaat kau letakkan dirimu di tempatnya, memahami keluhannya, menyelami isi hatinya? Tidak, ya sudah pasti jawapanmu TIDAK!!
Mengapa aku katakan TIDAK! Kerana kau sering tinggalkan dia di saat dia memerlukan kau. Kau tinggalkan dia di saat dia dalam kesukaran. Kau gunakan dia untuk kesenangan dan kemudahan kau. Adakah dia “teman sejati” yang kau cari. Ya, dia memang teman sejati. Gelaran itu pantas untuknya. Tetapi gelaran itu bukan untuk kau yang tidak berada di sisinya tatakala dia kesedihan. Apatah lagi memegang bahunya, menangis bersamanya. Siapa yang mendengar rintihan pilunya? SIAPA? Sahabatmu itu merintih di atas tikar sembahyangnya. Harapannya panjang, tangisannya sendu tatkala dia berharap Sang Pencipta menghadiahkan dirinya seorang “teman sejati”. Bukan untuk sentiaa berada di sisinya tapi cukuplah hadir untuk member semangat untuk nya dan yang penting mendoakan dia dalam kesejahteraan yang berpanjangan.
Di suatu saat, tanyalah pada diri kau. Adakah dia sedang berkecil hati dengan aku? Adakah aku bukan yang terbaik sebagai sahabatnya? Adakah dia hadir untuk memberi semangat kepada aku, namun aku sebaliknya? Sahabat apakah aku? Kawan, teman, rakan, sahabat? Layakkah aku untuk semua itu? Dia memang yang terbaik untuk aku. Dia tidak pernah menghampakan aku dalam setiap permintaan. Dia memang hadir untuk aku mengenali erti “PERSAHABATAN”. Namun, aku tidak memberi erti untuk dia. Aku tinggalkan dia, dia perlukan aku. Aku persendakan kebolehan dia, sedangkan aku tiada apa-apa. Aku jarang menangis bersamanya, namun selalu ketawa bersama dia. Adakah senyuman itu benar-benar dari hatinya. IKHLAS! Atau di sebalik kaca matanya dia sedang memendamkan sesuatu, yang selalu dia rintihkan dalam doa.
:: ”Bagi aku tiada yang sempurna melainkan Sang Pencipta. DIA hadirkan aku sahabat. Walau aku banyak berkecil hati tapi aku tahu mereka juga turut pernah merasainya. Aku cuba berusaha mendambakan sahabat yang terbaik dan menjadi kepentinganku menjadi yang terbaik untuk dia. Bingkisan ini aku ungkapkan agar aku dan mereka mengenali erti “PERSAHABATAN”. Tak semua perkara kita boleh minta tolong pada rakan. Ada kalanya kita perlu menjadi sepertinya. Itulah bukti kita menjaga persahabatan. Kerana dia juga ingin melihat kita berdiri sendiri tanpa sahabat. Ada kalanya dia datang memberi sokongan, dorongan tatkala halangan mendatang. Kita merasakan dia tak berguna. Tapi sebenarnya dia ingin kita berusaha menjadi diri sendiri, dia mahu kita bersikap matang dalam tindakan. Kerana dia sahabat. Itulah anugerah Tuhan!” ::


P/s:: Dari persahabatan akan hadir perasaan CINTA!! Moga Allah memberkati hubungan kita.  Moga kita dalam keberkatannya. Amin Ya Robb~

No comments:

Post a Comment