Tatkala ini aku merasakan Sang Pencipta sedang menguji aku. Hebat sungguh rasanya melewati ujian ini. SubhanaAllah! Tiada apa yang mampu dikatakan, melainkan sabar. Andai aku bisa mengubah segalanya, mempercepatkan putaran roda masa, sudah pasti aku lakukan. Namun, sebagai insan yang kerdil di sisi Sang Pencipta, aku tidak berdaya menolak ketentuan takdir. Sesungguhnya, itu yang terbaik bagi aku. Itu adalah perancangan terbaik dari Maha Besar Tuhan buat aku. La tahzan! Sesungguhnya, Tuhan itu sentiasa berada bersama-sama orang yang sabar. Aku memohon pada Mu Ya Allah, leraikanlah segala kekusutan yang ada, permudahkanlah perjalanan aku ke arah mencari rezeki yang halal buat membela nasib keluarga, tabahkanlah hati yang sering alpa ini Ya Allah, pinjamkanlah aku kekuatan Mu. Moga di suatu saat aku sedar bahawa Engkau menguji aku kerna sayangkan ku. Ya Allah, aku tiada tempat lain bergantung harap melainkan pada Mu. Amin.. Ya Robbal Alamin.
Semoga saya dan awak sentiasa dalam keberkatanNya.
Moga Tuhan memberkati pertemuan dan perhubungan ini.Amin. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment