Sunday, September 4, 2011

Masa terus berlalu..

sedar tak sedar, dah hampir sebulan lebih konvokesyen berlalu..kenangan terus terpahat di hati..ramadhan sudah pun berlalu..syawal sudah menjelma..kesibukan bekerja membataskan diri mencatat memori yang berlaku..mencari pengalaman sebelum mendapat kerjaya yang diidamkan..moga rezeki bergelar pendidik dipermudahkan dan dipercepatkan ALLAH..persoalan posting terus bermain di fikiran..namun, jika takdirnya tertulis begitu diri harus pasrah..meraikan syawal dengan keriangan dan pelbagai memori..ternyata syawal yang hadir mengeratkan hubungan yang ada..namun, mungkin ada segelintir yang memikirkan tiada guna bersama meraikan syawal bersama keluarga..kerana batang hidung tak nampak pun..entah di mana silapnya..mungkin juga kemewahan dah mengaburi mata mereka..mungkin kehidupan tanpa ahli keluarga yang lain tak penting bagi mereka..biarlah..Allah lebih tahu akan segalanya.. moga suatu hari mereka sedar peribahasa ini "air dicincang takkan putus"..bukan niat mengaibkan mana-mana pihak, tapi di hati terus tertanya apakah punca segalanya terjadi, hebat sangat kah diri mereka..sampai bila semua ini harus terjadi?????
apa pun syawal diraikan dengan gembira..kesempatan bersama mereka yang tersayang akan dihargai..moga keberkatan syawal sama dinikmati..merindui saat-saat meraikan sywal bersama teman kuliah dan rakan seperjuangan di kampus..merindui kalian..walau jauh di mata namun dekat di hati..

"selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..moga kita semua gembira selalu di sisi yang tersayang.."

No comments:

Post a Comment