Buat sahabat baik, Noorhayati Johari, Normazlina Mazlan dan Harlinah Mat Salleh..
Mengenalimu membuatkan diri ini sedar aku perlu terus berjuang menempuh kehidupan. Terima kasih kerana sudi meminjamkan telinga sepanjang persahabatan kita bersama. Terima kasih kerana sanggup menjadi sahabat kepada aku yang tidak pernah sempurna sebagai sahabatmu. Aku doakan moga hubungan persahabatan kita akan terus terjalin sampai bila-bila. Aku pasti merindui kalian sepanjang kehidupanku. Moga kita bersama menjadi insan berguna dan pendidik berjaya kepada anak bangsa. Ina, jadi ibu dan isteri yang baik ye. Yati dan Lina, teruskan perjuangan moga kita bersama-sama berjaya dalam kehidupan. Aku masih lagi bersama kalian dalam suka dan duka. Kenang daku dalam doa mu ye sahabatku!!!
Buat saudara Richard a/k Awang..
Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan perkongsian idea yang diberikan sepanjang perkenalan kita. Saya pasti akan merindui diri insan yang petah berkata-kata ini. Terima kasih atas segalanya. Pasti segalanya tidaka akan dilupakan dan terus terabadi dalam ingatan dan hati ini. Moga awak juga akan berjaya dalam kehidupan. Apa pun moga kita sama-sama berjaya menyambung pelajaran dalam peringkat Sarjana pula.Insyaallah!! Kenang saya dalam doamu.
Buat adik tersayang, Muhamad Fakhruddin Daharim..
Diharapkan kejayaan kakanda mu ini menjadi pencetus semangat untuk adik terus berjaya. Terima kasih atas jambangan bunga yang diberikan. Moga adik juga terus tabah menempuh kehidupan dan perjuangan. Tiada yang mudah dalam hidup tapi dengan usaha segalanya pasti. Doa akan terus mengiringi perjuangan adik.
Buat abah Daharim Yahaya dan ibu Faridah Mohamed..
Ini hadiah yang mampu along berikan setakat ini. Terima kasih kerana selalu berada di sisi along. Terima kasih atas segalanya. Tak terbalas dan tat terkata andai diungkap satu persatu pengorbanan abah dan ibu. Along akan terus berjanji dan berusaha mengubah kehidupan keluarga kita. Along sayang abah dan ibu!!!
Tahniah buat semua rakan-rakan!!! Moga kita bertemu suatu hari nanti dengan izin dari Nya.. Moga kita semua cepat posting k..Amin...Gonna miss u all so much.
Terima kasih Ya Allah.!! ~ Princess Adriyana~
No comments:
Post a Comment