Sunday, December 2, 2012

Tabahlah wahai hati..


Bismillah..
Dah 2 minggu abah pergi. Pergi tinggalkan aku selamanya. Bohonglah, kalau tiada setitis pun air jernih yang mengalir membasahi pipi. Jika dihitung mungkin tak termampu. Hanya Allah yang tahu. Ada kalanya kenangan kembali menggamit hati dan sanubari. Ramai yang berkata, sabarlah, kuatkan semangat. Aku akui aku sedang cuba, kuatkan semangat demi mereka yang masih ada di sisi. Tapi berkata memang mudah. Cuba aku beri 5 minit untuk berada dan menyelami hati dan fikiran aku. Aku percaya dan pasti mereka tak bisa berdiri teguh seperti mana aku. Easy to say, hard to do. Ye, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bukan aku tak perlukan semangat dari mereka. Aku bersyukur tatkala kehilangan ini, mereka hadir tanpa aku pinta dan berkata, aku mampu lalui segalanya. Namun, aku masih mampu tersenyum di hati, tatkala ada yang mengakui bahawa tidak mudah menjadi aku. Tidak mudah melalui semua ini. Bagi mereka yang pernah merasainya, pasti tahu apa yang aku alami. Sukar ! Sukar sebenarnya. Hanya mereka yang pernah berada di situasi ini akan mengerti apa yang aku rasa. Aku hargai setiap kata-kata nasihat, semangat dan kekuatan yang mereka berikan. Aku hargai dan tak mungkin mampu aku balas. Hanya Allah yang bisa membalas semuanya. Terima kasih, syukur aku panjatkan kepada ilahi. Mereka masih sedar bahawa aku ada di sekeliling mereka untuk mereka perhatikan. Walau sesukar mana sekalipun perjuangan dan perjalanan ini, aku akan teruskan. Sebagai anak sulung dalam keluarga, apatah lagi aku cuma ada adik dan ibu akan aku tunaikan amanah dan tanggungjawab ini, akan aku tunaikan impian abah. Ye, itu pasti! Walau liku-liku perjuangan ini masih belum aku tahu, aku akan teruskan langkah. Andai, aku tersungkur, aku percaya aku masih ada kekuatan yang abah tinggalkan buat aku. Aku maish ada mereka yang sayangkan aku.
2012, ternyata kau hadir dengan kegembiraan bagi aku. Apabila aku berjaya bergelar seorang guru, memiliki segala yang orang lain miliki. Aku lakukan demi abah dan ibu. Siapa sangka, perancangan Allah yang terbaik menjanjikan segalanya, teratur dan terlaksana.
2012, kau juga kan berakhir dengan satu episod duka dalam diri aku. Walau bukan mudah bagi aku meneruskan perjuangan ini. Ternyata kau beri aku kenangan yang takkan aku dapat lagi, yang takkan insan lain mampu beri pada aku.
Aku redho atas takdir ini. Damaikanlah hati ku yang hina ini Ya Allah, atas segala takdir dan ketentuan Mu.  Aku pasrah! Terima kasih Ya Allah, ternyata aku adalah insane yang terpilih oleh Mu untuk menerima dan melalui semua ini. Permudahkanlah perjalanan ini Ya Allah, agar aku bisa memelihara bondaku, dan adindaku dengan baik seperti mana abah lakukan. Kurniakanlah aku kekuatan dan kesihatan yang baik berpanjangan.
Mungkin, mungkin air mata ini takkan pernah berhenti mengalir. Mungkin jua, aku akan biarkan dia mengalir sebagai tanda kuatnya aku. Biar, apa orang nak kata, aku adalah aku anak kepada abah yang telah mendewasakan aku dengan susah payahnya, titik peluh dan usahanya, keringat dan ketegasannya serta kasih dan sayangnya.
Tidak mungkin akan ada pengganti ABAH dalam hatiku dunia dan akhirat.
Illa sayangkan abah selamanya. Al-Fatihah.
Terima kasih awak!  Rayyan, Yatie, Mizi, Adah, Yanz, Faez dan Abg Nazlim.. Kalian kini, kekuatan Shilla. Moga kita semua dalam keberkatan Nya.




                                                                                                                                        ..

2 comments:

  1. Sabar atas setiap dugaan Allah... Setiap yg hidup pasti akan mati. Insyaallah bahagia akan menanti kalau kt redha pd setiap UjianNya. Sy pernah melalui. Insyaallah, tetapkan hati dan biarkan masa mengubati..so lets put a smile on ur face!

    ReplyDelete
  2. Ungu Si Pemalu..
    Thank you..Insyaallah, sy sdg cuba utk terus melangkah..

    ReplyDelete