Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan serta pengajarannya... dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah kehidupan...
Sunday, February 26, 2012
S.t.r.o.n.g.e.r.
Bismillah..
Walau sekuat mana kita berusaha untuk memilkinya, andai memang sudah tertulis dia bukan milik kita, dia akan tetap tertulis tidak menjadi milik kita. Sebaliknya, walau sekuat mana kita menafikannya, andai memang telah tertulis dia milik kita, dia akan tetap menjadi milik kita. Kerana itu janji Allah. Allah maha mengeatahui akan segalanya. Tatkala ujian mendatang laluilah dengan tenang dan tabah. Kerana perjalanan dan perjuangan dalam memiliki sesuatu akan terus di uji agar kita benar-benar bersedia untuk memilikinya.
Moga kekuatan terus dimiliki mengharungi perjalanan sebuah kehidupan. Tabahlah wahai hati. Allah menjanjikan ganjaran yang besar bagi hambaNya yang sabar. Amin Ya Robb~
Terima kasih Ya Allah, ujian yang kau datangkan padaku membuat aku kuat untuk berjuang!
Tuesday, February 21, 2012
::Persahabatan::
Bismillah..
Dalam keindahan semalam, sebenarnya hati kecil ini tertanya. Adakah jujur dan ikhlas persahabatan yang kau berikan? Atau cuma sekadar untuk mengisi kekosongan di jiwa . Mendambakan kehadiran “teman sejati” pada dasarnya. Pernahkah kau berasa beruntung hadirnya sahabatmu di sisi? Pernahkah kau fikirkan hatinya tatkala kau tinggalkan dia, perkecilkan apa yang telah dia korbankan untuk kau? Pernahkah walau sesaat kau letakkan dirimu di tempatnya, memahami keluhannya, menyelami isi hatinya? Tidak, ya sudah pasti jawapanmu TIDAK!!
Mengapa aku katakan TIDAK! Kerana kau sering tinggalkan dia di saat dia memerlukan kau. Kau tinggalkan dia di saat dia dalam kesukaran. Kau gunakan dia untuk kesenangan dan kemudahan kau. Adakah dia “teman sejati” yang kau cari. Ya, dia memang teman sejati. Gelaran itu pantas untuknya. Tetapi gelaran itu bukan untuk kau yang tidak berada di sisinya tatakala dia kesedihan. Apatah lagi memegang bahunya, menangis bersamanya. Siapa yang mendengar rintihan pilunya? SIAPA? Sahabatmu itu merintih di atas tikar sembahyangnya. Harapannya panjang, tangisannya sendu tatkala dia berharap Sang Pencipta menghadiahkan dirinya seorang “teman sejati”. Bukan untuk sentiaa berada di sisinya tapi cukuplah hadir untuk member semangat untuk nya dan yang penting mendoakan dia dalam kesejahteraan yang berpanjangan.
Di suatu saat, tanyalah pada diri kau. Adakah dia sedang berkecil hati dengan aku? Adakah aku bukan yang terbaik sebagai sahabatnya? Adakah dia hadir untuk memberi semangat kepada aku, namun aku sebaliknya? Sahabat apakah aku? Kawan, teman, rakan, sahabat? Layakkah aku untuk semua itu? Dia memang yang terbaik untuk aku. Dia tidak pernah menghampakan aku dalam setiap permintaan. Dia memang hadir untuk aku mengenali erti “PERSAHABATAN”. Namun, aku tidak memberi erti untuk dia. Aku tinggalkan dia, dia perlukan aku. Aku persendakan kebolehan dia, sedangkan aku tiada apa-apa. Aku jarang menangis bersamanya, namun selalu ketawa bersama dia. Adakah senyuman itu benar-benar dari hatinya. IKHLAS! Atau di sebalik kaca matanya dia sedang memendamkan sesuatu, yang selalu dia rintihkan dalam doa.
:: ”Bagi aku tiada yang sempurna melainkan Sang Pencipta. DIA hadirkan aku sahabat. Walau aku banyak berkecil hati tapi aku tahu mereka juga turut pernah merasainya. Aku cuba berusaha mendambakan sahabat yang terbaik dan menjadi kepentinganku menjadi yang terbaik untuk dia. Bingkisan ini aku ungkapkan agar aku dan mereka mengenali erti “PERSAHABATAN”. Tak semua perkara kita boleh minta tolong pada rakan. Ada kalanya kita perlu menjadi sepertinya. Itulah bukti kita menjaga persahabatan. Kerana dia juga ingin melihat kita berdiri sendiri tanpa sahabat. Ada kalanya dia datang memberi sokongan, dorongan tatkala halangan mendatang. Kita merasakan dia tak berguna. Tapi sebenarnya dia ingin kita berusaha menjadi diri sendiri, dia mahu kita bersikap matang dalam tindakan. Kerana dia sahabat. Itulah anugerah Tuhan!” ::
P/s:: Dari persahabatan akan hadir perasaan CINTA!! Moga Allah memberkati hubungan kita. Moga kita dalam keberkatannya. Amin Ya Robb~
Tuesday, February 7, 2012
::Kehidupanku::
Bismillah…
Alhamdulillah, atas kebesaran Allah. Segalanya pasti. Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur yang amat sangat. Interview aku harungi di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Tarikh 31 Januari 2012 membawa seribu kenangan pahit manis dalam hidupku. Hari ini menentu masa depan dan kehidupanku. Moga harapanku bergelar pendidik akan dimakbulkan Allah, dipermudahkan. Amin. Subhanaallah. Tarikh 20 Januari 2012 aku dapat tahu senarai nama interview dah keluar. Berkat di hari lahir abah. Alhamdulillah. Perjalanan ke Kuala Terengganu benar-benar menguji kekuatan. Jauh penuh dengan cabaran dan halangan. Bertolak jam 12 tghr sampai jam 11 mlm di Dungun. Jam 4 pg bertolak ke Kuala Terengganu. Sampai saja di hotel debaran tak terkata. Terima kasih insan2 yang banyak mendoakan perjalanan kehidupanku ini. Menjadi kumpulan pertama masuk ke bilik interview, seawal jam 8 pg, selesai jam 9.30 pg. Lama, memang lama. Debaran dalam bilik tak terkata. Bersama-sama 4 org calon guru dari UUM. Ketakutan keseorangan. Tapi ku harungi jua kepahitan. Segalanya berlalu. Berjalan-jalan sekitar Kuala Terengganu. Walau hati sedikit risau memikirkan keputusan interview. Moga impian ini dimakbulkan ALLAH. Amin. Dan di saat ini, hati berkata sesuatu. Ombak yang ku tenung di Pantai Batu Burok, bawalah rinduku pada dia yang telah ditakdirkan untukku. Moga perjalanan kehidupanku terus dipermudahkan ALLAH untuk segalanya. Terima kasih dariku untuk semua yang banyak memberi semangat untukku terutamanya abah, ibu, adik, pakcik, abang2 dan insan yang aku sayang. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian. Moga kita semua sentiasa dalam redho NYA. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)