Wednesday, January 11, 2012

Ujian Dari Mu

Tatkala ini aku merasakan Sang Pencipta sedang menguji aku. Hebat sungguh rasanya melewati ujian ini. SubhanaAllah! Tiada apa yang mampu dikatakan, melainkan sabar. Andai aku bisa mengubah segalanya, mempercepatkan putaran roda masa, sudah pasti aku lakukan. Namun, sebagai insan yang kerdil di sisi Sang Pencipta, aku tidak berdaya menolak ketentuan takdir. Sesungguhnya, itu yang terbaik bagi aku. Itu adalah perancangan terbaik dari Maha Besar Tuhan buat aku. La tahzan! Sesungguhnya, Tuhan itu sentiasa berada bersama-sama orang yang sabar. Aku memohon pada Mu Ya Allah, leraikanlah segala kekusutan yang ada, permudahkanlah perjalanan aku ke arah mencari rezeki yang halal buat membela nasib keluarga, tabahkanlah hati yang sering alpa ini Ya Allah, pinjamkanlah aku kekuatan Mu. Moga di suatu saat aku sedar bahawa Engkau menguji aku kerna sayangkan ku. Ya Allah, aku tiada tempat lain bergantung harap melainkan pada Mu. Amin.. Ya Robbal Alamin.


Semoga saya dan awak sentiasa dalam keberkatanNya. 
Moga Tuhan memberkati pertemuan dan perhubungan ini.Amin. InsyaAllah.

Wednesday, January 4, 2012

D.i.a.

Dia..
Membuat aku tersenyum..
Hanya melalui kata-katanya..
Tanpa hadirnya..
Dia..
Jauh dariku..
Namun, dapat ku rasa..
Dekatnya dia dan aku..
Benar kata orang..
Jauh di mata..
Dekat di hati..
Dia..
Kasih dan sayangku untukmu..
Cintaku tulus..
Agar kita bertemu..
Di suatu saat..
Bersama selamanya..
Dia..
Doa ku tak putus untukmu..
Agar aku kuat untuk terus bersamamu..
Agar aku tak pernah hilang..
Dari hatimu..ingatanmu..
Dia..
Maafkan aku atas cinta ini..
Tak upaya ku usir rindu ini..
Tak ku mampu..
Buangmu jauh dariku..
Dia..
Aku kasihi..
Aku cintai..
Aku sayangi..
Selamanya..
Bersemi di hati..


Insyaallah, segalanya dengan izin Allah..

bingkisan hati

Dah lama tak mencoretkan bingkisan hati..Bulan 11, sedikit cemas apabila ayahanda tercinta sakit..beberapa hari di hospital..tangisan mengalir tanpa dipinta..Subhanaallah..besar dugaan yang diberi Allah..Alhamdulillah, abah tersayang semakin beransur pulih..harapan abah tidak apa2..dijauhkan dengan segala penyakit yang berbahaya..Amin..Ibu, insan setia di sisi kekasih hatinya..setia menemani abah di hospital..begitu kasihnya ibu pada abah..cinta dan sayangnya pada abah begitu aku kagumi..aku harapkan ibu dan abah dikurniakan kesihatan yang baik, dijauhkan daripada segala penyakit yang berbahaya..Amin..sudah pasti aku mendambakan menjadi seperti ibu, setia pada suami..dan mendambakan suami seperti abah..Insyaallah.. I’m now officially resign..dan ternyata aku berhenti dengan meninggalkan sesuatu yang baik buat mereka..walaupun aku tahu kehadiran aku tidak disenangi seseorang..akhirnya, mereka sebenarnya memerlukan aku di situ..tetapi, bagi aku adalah lebih baik aku berhenti..kerana aku tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan..mungkin itu lebih baik..memang bukan pilihan aku, untuk bekerja di luar bidang yang aku pilih, bukan aku impikan..niat aku untuk mencari pengalaman, menambah pengetahuan..kerap kali mereka yang prihatin bertanya, aku dah posting ke belum..hanya satu aku jawab, Insyaallah..bila tiba masa..posting, bukan kuasa aku..di luar bidang autoriti aku…andai sahaja aku mampu melakukan sesuatu..agar aku mampu posting cepat..pasti sudah aku lakukan..tapi, mereka yang berkata seolah-oleh menidakkan ijazah yang aku perolehi..berkata seolah-olah aku tiada hati dan perasaan..tak mengapa..suatu masa pasti tiba..2011, banyak mengajar aku erti kehidupan..2011 menyaksikan impian aku bergelar graduan tercapai..segalanya yang berlaku mematangkan aku..memberi aku seribu kekuatan..moga aku, insan yang aku cinta, keluargaku terus dirahmati Allah..2012, aku nantikan berita baik darimu..moga ada rezeki buat aku untuk mengubah nasib keluarga..membalas jasa ibu dan abah..menggapai impian bergelar pendidik..Amin..Insyaallah..dan yang ternyata..kasih, sayang dan cintaku pada dia..semakin utuh..moga dengan izin Allah, segalanya pasti..di saat ini, aku merinduinya yang jauh..jauh di mata dekat di hati..moga kita berdua dalam keberkatan Allah..May Allah bless all of us..

p/s: right here waiting for you..i’ll love you for a thousand more..I hope you too..Insyaallah..