♥ aku..
masih dengan impian..
menggapai sesuatu yang belum lagi aku capai..
berusaha dan terus melangkah..
andai tersungkur sekurang-kurangnya aku sudah mencuba..
takkan aku biar aku berputus asa..
takkan aku biar aku kecewa berpanjangan..
aku percaya pada kekuatan dan ketabahan..
yang Dia kurniakan buatku..
usaha selagi termampu..
♥ dia..
restunya aku pinta..
agar hidup aku dipermudahkan Nya..
melewati waktu sukar..
mencari kekuatan..
tiada pengganti dia dalam hidupku..
kerana dia ayahanda dan bondaku..
di sisiku sentiasa..
tempat ku kongsikan duka mahupun suka..
anugerah Mu yang terlalu bernilai buatku..
kurniakanlah kebaikan yang tak terhingga buat mereka..
dunia dan akhirat..
♥ dia..
selalu hadir memberi semangat buat aku..
aku tak pinta akan kehadirannya..
menasihatiku agar jangan mudah putus asa..
walau jauh dia selalu dekat denganku..
dalam kata, gurauan, nasihat..
dalam kasih, sayang dan cintanya..
tapi aku tahu aku dekat dalam setiap bisikan doanya..
terima kasih Ya Allah..
pertemukan kami berdua..
nyata aku dan dia tak pernah sunyi..
nyata kami gembira atas pertemuan itu..
namun, pasti kami risaukan perpisahan..
permudahkan kami berdua ke arahnya..
jalan yang Engkau redhoi atas restu keluarga kami..
doa aku buat dia selalu..
♥ dia..
walau banyak berdiam dari katanya..
aku tahu dia sentiasa dambakan kejayaan seperti aku..
kejayaan ku kekuatan semangat dan pendorong ketabahan dirinya..
melewati kejauhan dalam diamnya..
walau dia tak bersuara..
namun aku tahu dia sayangkan ku sedalam hatinya..
berkatilah kehidupannya..
agar dia dipermudahkan ..
langkah menggapai impiannya..
doa aku mengiringi dia senantiasa..
agar dia bersamaku dalam..
mengubah impian kami menjadi realiti..
No comments:
Post a Comment