Friday, September 23, 2011

S.e.m.a.l.a.m.H.a.r.i.I.n.i.d.a.n.E.s.o.k.

S.e.m.a.l.a.m.
Aku dibuai mmpi indah..
bagai dilambung ceritera cinta impian sendiri..
aku pelaku sandiwara dunia..
mengejar bayangmu dalam fantasi..
hampir ke puncak namun tersungkur..
aku sendiri tidak pasti..

H.a.r.i.I.n.i.
aku tersedar mimpi tetap mimpi..
bayangmu hadir kala sendiri..
realiti nun menjauh pergi..
andai diminta masih tak pasti..
kerana janji belum terpatri..
mungkin waktu belum mengizinkan..
segalanya bersemi..

E.s.o.k.
aku tak pasti..
aku merancang realiti sendiri..
mencari cinta empunya diri..
ku panjatkan doa..
mencari redho ilahi..
kerana darinya jua yang pasti..
Allah maha mengetahui..
siapa milik empunya diri..
dan ketulusan hati ini..
mencintai 'dia' yang masih belum ku temui..

ikhlas, 
P.r.i.n.c.e.s.s.A.d.r.i.y.a.n.a.

Sunday, September 11, 2011

Bersyukur apa yang ada..

aku pernah bersedih keran aku merasakan hidup aku serba kekurangan tak sesempurna orang lain.. melihat kelebihan pada orang lain, alangkah bahagianya aku andai itu semua milik aku.. namun, suatu hari aku sedar tatkala melihat masih ada insan lain yang serba kekurangan dari aku dalam serba-serbi.. ternyata apa yang menarik perhatian aku, insan itu masih mampu tersenyum atas ujian Allah kepada dirinya.. aku pula sudah berasa putus asa setiap kali dugaan melanda.. tetapi mereka pula redho atas ketentuanNya.. Sahabatku berkata, kalau kita asyik pandang kelebihan orang, sampai bila kita takkan rasa bersyukur atas apa yang kita miliki.. jadi, aku bersyukur atas apa yang telah Allah anugerahkan buat aku.. semua itu adalah harta paling berharga buat aku.. ianya bukan mudah untuk aku kecapi.. bersyukurlah kita atas apa yang kita miliki hari ini.. Allah maha mengetahui segala yang terbaik sama ada tersurat dan tersirat buat kita.. sudah pasti segala perancangan dari Nya itu adalah yang terbaik buat kita.. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan daripada Allah.. Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah!!!

loves, 
princess adriyana~ bersyukur yg amat sgt krn Allah memberi kesemnpatan untuk aku bertemu dengan dia..=)

Thursday, September 8, 2011

♥..kasih kita..♥

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

loves..princess adriyana to someone..deeply from my heart!!

Sunday, September 4, 2011

Masa terus berlalu..

sedar tak sedar, dah hampir sebulan lebih konvokesyen berlalu..kenangan terus terpahat di hati..ramadhan sudah pun berlalu..syawal sudah menjelma..kesibukan bekerja membataskan diri mencatat memori yang berlaku..mencari pengalaman sebelum mendapat kerjaya yang diidamkan..moga rezeki bergelar pendidik dipermudahkan dan dipercepatkan ALLAH..persoalan posting terus bermain di fikiran..namun, jika takdirnya tertulis begitu diri harus pasrah..meraikan syawal dengan keriangan dan pelbagai memori..ternyata syawal yang hadir mengeratkan hubungan yang ada..namun, mungkin ada segelintir yang memikirkan tiada guna bersama meraikan syawal bersama keluarga..kerana batang hidung tak nampak pun..entah di mana silapnya..mungkin juga kemewahan dah mengaburi mata mereka..mungkin kehidupan tanpa ahli keluarga yang lain tak penting bagi mereka..biarlah..Allah lebih tahu akan segalanya.. moga suatu hari mereka sedar peribahasa ini "air dicincang takkan putus"..bukan niat mengaibkan mana-mana pihak, tapi di hati terus tertanya apakah punca segalanya terjadi, hebat sangat kah diri mereka..sampai bila semua ini harus terjadi?????
apa pun syawal diraikan dengan gembira..kesempatan bersama mereka yang tersayang akan dihargai..moga keberkatan syawal sama dinikmati..merindui saat-saat meraikan sywal bersama teman kuliah dan rakan seperjuangan di kampus..merindui kalian..walau jauh di mata namun dekat di hati..

"selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..moga kita semua gembira selalu di sisi yang tersayang.."