Friday, July 29, 2011

"Anugerah sebuah perjuangan"

Alhamdulillah, detik 26 Julai 2011 datang dan akan terus terabadi sebagai hari yang paling indah dalam kehidupanku. Hari konvokesyen yang penuh dengan kenangan. Perjuangan menuntut ilmu penuh dengan suka dan suka. Gembira melihat diri dan raka-rakan berjaya menggengam segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Moga segalanya akan terus dipermudahkan oleh Allah.
Buat sahabat baik, Noorhayati Johari, Normazlina Mazlan dan Harlinah Mat Salleh..
Mengenalimu membuatkan diri ini sedar aku perlu terus berjuang menempuh kehidupan. Terima kasih kerana sudi meminjamkan telinga sepanjang persahabatan kita bersama. Terima kasih kerana sanggup menjadi sahabat kepada aku yang tidak pernah sempurna sebagai sahabatmu. Aku doakan moga hubungan persahabatan kita akan terus terjalin sampai bila-bila. Aku pasti merindui kalian sepanjang kehidupanku. Moga kita bersama menjadi insan berguna dan pendidik berjaya kepada anak bangsa. Ina, jadi ibu dan isteri yang baik ye. Yati dan Lina, teruskan perjuangan moga kita bersama-sama berjaya dalam kehidupan. Aku masih lagi bersama kalian dalam suka dan duka. Kenang daku dalam doa mu ye sahabatku!!!
Buat saudara Richard a/k Awang..
Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan perkongsian idea yang diberikan sepanjang perkenalan kita. Saya pasti akan merindui diri insan yang petah berkata-kata ini. Terima kasih atas segalanya. Pasti segalanya tidaka akan dilupakan dan terus terabadi dalam ingatan dan hati ini. Moga awak juga akan berjaya dalam kehidupan. Apa pun moga kita sama-sama berjaya menyambung pelajaran dalam peringkat Sarjana pula.Insyaallah!! Kenang saya dalam doamu.
Buat adik tersayang, Muhamad Fakhruddin Daharim..
Diharapkan kejayaan kakanda mu ini menjadi pencetus semangat untuk adik terus berjaya. Terima kasih atas jambangan bunga yang diberikan. Moga adik juga terus tabah menempuh kehidupan dan perjuangan. Tiada yang mudah dalam  hidup tapi dengan usaha segalanya pasti. Doa akan terus mengiringi perjuangan adik.
Buat abah Daharim Yahaya dan ibu Faridah Mohamed..
Ini hadiah yang mampu along berikan setakat ini. Terima kasih kerana selalu berada di sisi along. Terima kasih atas segalanya. Tak terbalas dan tat terkata andai diungkap satu persatu pengorbanan abah dan ibu. Along akan terus berjanji dan berusaha mengubah kehidupan keluarga kita. Along sayang abah dan ibu!!!
Tahniah buat semua rakan-rakan!!! Moga kita bertemu suatu hari nanti dengan izin dari Nya.. Moga kita semua cepat posting k..Amin...Gonna miss u all so much.






Terima kasih Ya Allah.!! ~ Princess Adriyana~

Thursday, July 21, 2011

A.k.a.n.K.u.T.u.n.g.g.u.

Rindu menyelubungi
Aku yang diuliti mimpi
Teguh memeluk hati
Degup rindu kau miliki

Dikau berjanji... pasti
Suatu hari kan
Terbukti nanti
Hidup ini akan kau sinari
Cahaya cintamu kasih

Hari berganti hari
Aku kan tetap menanti
Kukuh meneman diri
Cintamu tetap di hati

Dikau berjanji... pasti
Suatu hari kan terbukti
Gelungan kasihmu di jemari
Ikatan cinta abadi

Aku yang menghitung hari...

Akan kutunggu
Detik tiba saat itu
Akan kutunggu
Janji naluri nan satu
Akan kutunggu... kasih

Saturday, July 16, 2011

J.a.n.g.a.n.K.a.u.P.e.r.g.i.

tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo

ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo

janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh
ooooo

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi
.......

P.r.i.n.c.e.s.s.A.d.r.i.y.a.n.a.
love this song..jangan kau pergi..=)

Wednesday, July 13, 2011

R.i.n.d.u.

R.i.n.d.u.
Sering membuatkan aku terfikir..
Mengapa mesti ada rindu di hati dan fikiranku..

R.i.n.d.u.
Hilang di kala aku berteman..
Hadir di saat aku bersendirian..
R.i.n.d.u.
Membuat hati tertanya apa erti rindu ini..
Pada siapa rindu ini dituju..

R.i.n.d.u.
Menjadikan sebuah perpisahan mempunyai erti bermakna..
Mengingati setiap detik yang berlalu..
Menjadi kenangan terindah sepanjang kehidupan..


R.i.n.d.u.
Ku kirimkan doa agar diri insan yang dirindu dalam keberkatan Nya..
Agar memori kita bersama menjadi ingatan selalu..
Agar aku tidak pernah jauh dari diri nya..
Agar aku jua dalam ingatan doa, hati dan fikirannya..

P.r.i.n.c.e.s.s.A.d.r.i.y.a.n.a.
moga dirimu dalam keberkatan ilahi..sedang merinduimu..