Bismillah..
Hampir 3 bulan Abah pergi tinggalkan aku. 2013 terus
berlalu, aku meniti setiap satu persatu episode yang berlaku. Walau sebenarnya
sukar bagi aku melewati setiap detik selepas sebuah kehilangan yang amat besar
dalam hidup aku, aku akan tetap gagahkan diri demi amanah dan tanggungjawab
yang ditinggalkan oleh Abah. Ternyata banyak bezanya tanpa Abah dalam hidupku.
Abah tiada lagi untuk berikan aku nasihat, kekuatan. Tapi aku percaya, Abah
telah tinggalkan kekuatannya untuk aku menggalas semua amaha dan cabaran ini.
Alhamdulillah, satu persatu tanggungjawab, amanah, dan masalah aku atasi demi
mereka yang terlalu aku sayang. Moga aku terus tabah dalam meniti perjalanan
sebuah kehidupan ini. Setiap degupan jantung aku selalu memikirkanmu. Dalam sedar
dibuai angan dalam tidur dan khayalan aku selalu memikirkanmu.
Buat Abang Nazlim Naim. Terima kasih Abang! Kerana selalu
ada untuk Shilla. Shilla banyak susahkan Abang. Moga Abang sentiasa dalam
peliharanNya. Shilla bersyukur kerana adanya Abang.
Buat sahabat, terima kasih atas nasihat dan dorongan untuk
aku terus melangkah. Kalian juga adalah kekuatan aku.
Buat adik, kita akan sama-sama meneruskan perjuangan ini. Membuat
ibu dan arwah Abah terus tersenyum. Insyaallah, moga adik juga Berjaya!
Buat ibu, moga kita sama-sama tabah hadapi kehilangan ini.
Pasti cinta dan kasih saying Abah, sentiasa mekar untuk ibu dalam hati ibu
selamanya. Abah akan selalu bersama kita.
Abah, damailah di sana. Ada ketikanya, Shilla tercari-cari
di mana Abah. Ternyata ia bukan mudah bagi Shilla. Shilla rindukan Abah. Shilla
sayangkan Abah selamanya seperti mana Shilla bisikkan di telinga Abah hingga
akhir hayat Abah. Moga Abah tenang di sana. Al-Fatihah!
Buat insan yang jauh, yang saya sendiri tidak tahu di mana
awak. Moga kita dipertemukan suatu hari nanti sebagai pelengkap kehidupan saya
dan awak. Moga perjalanan ini dipermudahkan Allah.
Buat diri ini, tabahkan hati, kuatkan semangat, teruskan langkah!
Shilla memang dilahirkan menjadi kekuatan kepada orang lain. Be strong!!