Wednesday, January 8, 2014

Pergilah..

Pernah..
ku dambakan..
hadirnya dirimu..
sepanjang hayatku..

Pernah..
ku impikan..
membina mahligai indah..
kukuh bersamamu..

Pernah..
ku tersenyum..
saat aku gembira..
kita mencipta janji..

Pernah..
aku terluka..
dek angkara..
janji yang kau mungkiri..

Pergilah..
jangan kembali..
pasti..
ku kirimkan doa ini..
buat insan yang pernah..
bertakhta di hati..
bahagilah kau..
di sisi..
insan yang berjanji..
sehidup semati..

Pergilah..
bawa bersama..
memori..
ku relakan..
pemergianmu..
ku relakan..
kebahagiaanmu..

Pasti..
aku mencipta bahagia..
yang lain..
bersama insan..
yang tercipta buatku..
terima kasih..
atas segala kenangan..
terukir abadi..
di sudut hati..

Doa ini untukmu..
Hadirkan aku insan itu..
Princess Adriyana.

Rindu..

Rindu berbisik lagi. Ombak rindu menghempas pantai hati. Mampukah hati meneruskan alunan rindu, menyampaikan bisikan rindu melalui hembusan angin malam. Rindu terpatri dalam setiap bisikan doa yang ku kirimkan buatnya. Biar 'dia' tidak tahu, tapi cukuplah bagiku Allah mengetahuinya. Rindu, pergilah bersama hembusan angin dan kembalilah setelah rindu yang satunya itu bertamu buatku. Ku nantumu rindu, biarlah kini ombak rindu terus menghempas dasar hati. Kembalilah rindu, bila sudah tiba waktunya nanti.

Rinduku padamu..
Princess Adriyana.

Peritnya hati ini..

Diam dan senyap terkadang membuatkan hati ini berasa sedih. Adakah kemungkinan telah wujud satu jurang perbezaan selepas semua yang berlaku. Betapa hati dan naluri ini mengharapkan ianya kembali seperti dahulu. Atau sememangnya masing-masing sedang memberi ruang atau hati sangat-sangat menginginkan ianya terjadi tetapi tingkah dan perlakuan membataskannya. Tetap terus menjadi harapan dalam segenap ruang dan peluang yang Allah berikan. Tetap terus menanti saat dan detik itu agar suatu kata yang terbuku walau hanya sepatah diungkapkan. Tetap terus berharap dan menanti tanpa putus asa agar ianya terus membahagiakan dan menyinari seperti dulu. Terpisah antara jarak, ruang dan waktu. Tidak seperti dulu. Takkan berpaling.

Princess Adriyana.

Thursday, October 3, 2013

Adakah dia yang aku cari?

Dia..
menggamit setiap detik waktu aku..
memikirkanmu..
setiap kerlingan mataku..
tidak melepaskan bayangmu..

Dia..
adakah yang selama ini aku cari..
mengisi kekosongan hati..
memenuhi kedukaan lalu..
menghadirkan segenap sinar..
yang akan menerangi..

Dia..
aku tak wajar berputus asa..
berhenti berharap..
pasti..
aku teruskan doa..
agar pertemuan ini berkekalan..
antara aku dan dia..

Dia..
membuatkan aku tertanya..
membuatkan aku terfikir..
membuatkan aku tersedar..
benarkah aku sedang diuji..

Moga dia adalah dia yang aku cari selama ini..
untuk memenuhi kekosongan di hati..
aku pasti terus berharap..


Monday, March 11, 2013

Sang Pelangi


Tatkala hati ingin sekali mencoretkan kenangan, jiwa dan perasaan terusik dengan suatu perubahan yang selama ini aku pernah jangkakan akan terjadi. Ia memang terjadi seperti mana yang pernah aku gambarkan. Tatkala aku cuba menerima kehadiran pelangi, aku mengimpikan sang pelangi terus mewarnai kehidupan ini tanpa pernah hilang keajaibannya. Tanpa aku sedar, sang pelangi semakin hilang, pudar warnanya. Keindahan yang diberikan hanya untuk seketika. Bukan aku pinta keindahan itu kekal buat aku, tapi cukuplah tatkala ia hadir semula, ia masih sedar bahawa aku adalah insan yang sering menunggu sang pelangi itu muncul. Walau ada ketikanya, aku sendiri tidak pasti bila sang pelangi akan mewarnai perjalanan ini lagi. Aku mengandaikan kisah sang pelangi sebagai simbolik. Keindahannya mengagumkan tapi hanya seketika.
Ada kalanya kita merasakan bahawa setiap kasih sayang yang kita terima adalah yang terbaik yang takkan pernah mengecewakan kita. Kasih dan sayang takkan pernah terpisah.Kasih dan sayang sering kali mengeratkan dua hati yang saling merindui. Namun, suatu masa kasih dan sayang akan terpisah. Terpisah kerana sikap kita yang lupa untuk menghargai setiap ruang dan peluang yang diberi. Terpisah kerana kita dibuai angan yang telah menghanyutkan kita dengan kebahagiaan sehingga kita melupakan kesusahan yang pernah kita alami bersama. Terpisah kerana ego yang tinggi membuatkan kita terlupa untuk berpijak di bumi nyata.
Mungkin juga pelangi akan muncul lagi. Namun aku tidak akan lagi berharap ia hadir seperti mana dulu yang pernah membahagiakan aku. Biarlah kehadirannya juga mampu mewarnai perjalanan insan lain. Moga kita dalam keberkatanNya.